ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Saturday, August 7, 2010

Panduan makan ketika Ramadan:

# Berpuasa pada siang hari mengambil masa yang panjang, justeru pilihlah makanan yang lambat dicerna misalnya makanan kaya serat yang boleh bertahan sehingga lapan jam. Umumnya makanan yang mudah dicerna hanya bertahan antara tiga ke empat jam saja. Antara jenis makanan yang lambat dicerna adalah gandum, barli, oat selain nasi. Sementara makanan yang kaya serat tentu saja sayur-sayuran hijau, seperto bayam dan makanan kering seperti prune.

# Elakkan makanan yang panas, pedas atau masin. Makanan yang terlalu masin akan membuatkan tubuh memerlukan lebih banyak air. Ia kemudiannya menyebabkan anda rasa kembung.

# Makanan manis atau bergula mudah dibakar tubuh dan hanya bertahan antara tiga ke empat jam. Lebih teruk, makanan jenis ini akan berubah menjadi lemak sekali gus meningkatkan kadar kolesterol anda dan menyebabkan berat badan bertambah.

# Makanan bergoreng pula umumnya tidak sihat dan harus dihadkan pengambilannya. Ia akan menyebabkan masalah dalam pencernaan, pedih ulu hati selain masalah berat badan.

# Minum air yang secukupnya ditambah dengan pengambilan makanan dengan serat tinggi bagi mengelakkan sembelit. Pengambilan air yang cukup juga membantu mengelakkan masalah batu karang yang umumnya berlaku apabila anda kurang minum.

# Elakkan pengambilan terlalu banyak minuman kafein dan minuman soda. Kafein akan menyingkirkan kalsium dari tubuh anda yang menyebabkan anda terasa lapar. Pengambilan minuman kafein dan makanan pedas boleh menyebabkan peningkatan paras asid dalam perut dan mengalami masalah seperti pedih ulu hati.

# Ada sesetengah orang yang ketagih tembakau dan kafein akan mengalami gejala tarikan pada permulaan Ramadan. Gejala tarikan ini menyebabkan sakit kepala dan biasanya akan menjadi lebih teruk jika anda juga berhadapan dengan masalah tekanan darah rendah. Justeru, kurangkan tabiat pengambilan minuman kafein dan hentikan tabiat merokok perlahan-lahan menjelang Ramadan. Selain itu dapatkan tidur yang cukup.

# Jangan elak sahur. Sesetengah orang gemar makan pada lewat malam dan tidak akan bangun bersahur. Tindakan ini tidak bijak kerana anda bukan saja hilang pahala bersahur tetapi juga tubuh akan kekurangan tenaga.

nur nadia

1 comment:

  1. Bagus tip ni, utk jaga kesihatan..
    teruskan menulis, tahniah

    ReplyDelete